Gerakan Baca Alkitab

Jadikan Baca Alkitab Sebagai Gaya Hidup

Hidup Seturut Firman

3 min read
win-win solution

win-win solution

“Biarlah aku hidup menurut petunjuk perintah-perintah-Mu, sebab aku menyukainya.” Mazmur 119:35 (TB)

Shalom, salam sejahtera dan salam damai buat semua teman-teman GBA. Saya Margaret, peserta baca dari group H17 ingin membuat kesaksian untuk perkongsian kita semua 😇🙏

Ya syukur puji Tuhan, tidak terasa masa berlalu pembacaan 5pasal Perjanjian Baru sudah selesai. Sungguh indah masa bersama Firman Tuhan setiap hari tidak terasa masa berlalu bacaan Firman Tuhan PB sudah pun selesai, terasa macam baru saja bermula. Ajaibnya FT semakin membaca semakin seronok seolah saya hidup bersama mereka pada zaman itu, terasa kesukaran, kesulitan dan kesusahan hidup di masa zaman Hukum Taurat. Segala peraturan sudah dimaktubkan untuk diikuti, melanggar saja peraturan, hukuman sudah menanti. Seperti orang-orang Israel ketika dipimpin oleh Musa keluar dari perbudakan Mesir, mereka banyak mengeluh kepada Tuhan dan menyalahkan Musa kerana keperitan dan penderitaan mereka dalam perjalanan. Kerana ini mereka dihukum oleh Tuhan, tidak dapat menikmati Tanah Perjanjian yang dijanjikan Tuhan. Mereka mati dalam perjalanan iman mereka yang kurang percaya kepada janji Tuhan.

Syukur puji Tuhan, bila saya merenung firman Tuhan ini dalam kehidupan saya sendiri, untuk mencapai kehidupan sempurna dan sejati dalam Tuhan perlu pengorbanan, kesediaan dan ketahanan diri. Dan untuk menikmati janji Tuhan untuk sebuah kehidupan yang sempurna, saya dan kita semua perlu dimurnikan dengan ujian-ujian permasalahan hidup setiap hari, perlu rasa kesakitan dan bermacam ujian. Dengan ini baru kita benar-benar dapat merasakan betapa Tuhan itu sangat baik, pemurah, pengampun dan penyayang.❤️✝️.

Keadaan dunia masa kini yang dilanda pandemi wabah yang menakutkan dan membataskan pergerakan manusia, telah banyak memberi teguran kepada peribadi saya bahwa hidup ini tidak semudah yang difikirkan, memperoleh kesihatan diri perlu mengikut dan mematuhi SOP yang ditentukan oleh KKM. Melanggar peraturan ini akan menerima hukuman yang berat. Dan kerana ini manusia merasa terkonkong. Namun bila direnung, semua peraturan ini jika dapat saya dan Anda semua dapat mematuhinya dengan taat dalam kehidupan pastinya menerima balasan yang baik dan hidup sejati terhindar dari semua kejahatan.

Bagi saya inilah teguran Tuhan terhadap pelanggaran saya dalam menjalani hidup ini, dan saya sangat bersyukur kerana dengan taat dan setia membaca dan merenung FT telah mengajar dan menegur saya bahwa saya perlu hidup sesuai dengan kehendak Tuhan menjalani hidup ini dengan kesederhanaan, rendah hati di depan Tuhan dan sesama manusia.

Syukur puji Tuhan dalam pandemi ini ramai terkesan dengan masalah ekomomi dan kehilangan sumber pendapatan, di sinilah saya benar-benar merasa bahawa kasih Yesus itu sejati dan tidak berbelah bagi dalam memberi kemurahan rezeki terbuka kepada keluarga saya dan kami tidak pernah kekurangan. Rezeki itu sentiasa ada. Walau tidak sebesar gunung namun mencukupi hidup sekeluarga saya. Kedamaian Tuhan itu sentiasa bersama dalam kehidupan saya dengan mengamalkan perintah Tuhan.

Syukur puji Tuhan, saya tetap setia dalam bacaan FT dan inilah yang telah menguatkan saya menjalani kehidupan dalam masa kesukaran ini, FT telah menonton perjalanan hidup saya, menerangi kegelapan hati, mengubah pendangan saya terhadap masalah yang sering saya hadapi, dan saya bisa menjadi berkat kelimpahan kasih Tuhan dalam keluarga saya.

Saya sangat berharap supaya saya tetap setia dalam group GBA ini. Terima kasih kepada sahabat ,Sis Julianah T yang telah membawa saya menyertai group ini kerana tanpa dia saya tiada dalam group GBA.

Doa saya moga group GBA dapat diteruskan sampai ke generasi yang akan datang. 🙏✝️

Segala pujian syukur dan kemuliaan hanya kepada Dia yang maha kuasa yaitu Yesus Kristus, Juruselamat manusia.🙏

Kesaksian Oleh : Margaret (Host dan peserta GBA team H17).

Share Artikel ini

Arsip

Event & Kegiatan

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Sosial Media GBA Center

Open chat
Butuh Bantuan!
Shalom! 👋🏻
Ingin bertanya tentang Gerakan Baca Alkitab dan pelayanannya? 🙏🏻

Kami melayani chat dari Jam 9.00 - 17.00 WIB
can't talk, whatsapp only