BerkatNya Melimpah
2 min read“Mintalah, maka akan diberikan kepadamu,” Matius 7:7a (TB)
Shalom saya Rani, dari Sabah, peserta dari group GY7 ingin bersaksi untuk renungan kita bersama di dalam group GBA.
Salam Damai dalam kasih Yesus Kristus Tuhan kita yang baik. Saya, Rani, mahu share satu kesaksian mengenai kebaikan Tuhan kepada Rani dari mula-mula beniaga hingga la sekarang.
Sebenarnya selain dari ingin mengubah hidup, mahu berbakti dengan ibu bapa dan keluarga serta ingin success bersama team, Rani teringin sangat memberi persepuluhan di gereja. Dan setiap masa pergi church, memang selalu teringin untuk memberi, tapi sepanjang hidup belum pernah lagi memberi persepuluhan dari titik peluh sendiri. Jadi ada satu masa tu, Rani cuma mampu beri Rm14.00 daripada untung bersih Rani meniaga. Biasalah awal-awal dulu yang Rani keluarkan dari dompet tu pun memang last duit masa tu. Dan tak akan dapat pergi pasar sudah membeli sayur, sebab memang takda duit sudah. Jadi masa memberi tu, Rani berdoa “Tuhan izinkan Rani dapat memberi persepuluhan Rm50 bulan depan.”
Terus Rani malu juga, sebab persepuluhan yang Rani beri bercampur duit siling lagi, sedangkan orang lain memberi jumlah ratusan ringgit. Dan Rani pula hanya beberapa puluh ringgit saja yang termampu, dan Rani teringin sangat memberi begitu banyak seperti orang lain, tetapi itu semua di luar kemampuan Rani.
Dan Rani berfikir dan cuba mendisiplinkan diri untuk masa ibadah, fokus ibadah dan berdoa dengan sepenuh hati. Masa ibadah tu Rani tak nak tengok HP masa ibadah. Sekali selepas kebaktian tu, masa perjalanan pegi kereta, Rani pun mengambil HP dan membuka Whatsapp, sungguh terkejut Rani pada masa itu sebab Rani telah terima mesej yang ada orang mahu oder jualan Rani dan dengan jumlah yang banyak yaitu Rm700. Pada masa tu Rani menangis bercampur gembira dan dalam hati Rani menaikkan syukur kepada Tuhan kerana telah mendengar doa Rani masa ibadah tadi. Syukur puji Tuhan. Dan guest what, for the next month pun Tuhan izinkan Rani dapat memberi persepuluhan seperti yang Rani doa.🥰 Ajaib kan Tuhan!
Banyak sangat sebenarnya yang Rani mahu kongsi dengan teman-teman semua tapi untuk kesaksian ni Rani singkatkan dulu. Ketahuilah teman-teman semua, betapa besar kemuliaan yang Tuhan nyatakan dalam keluarga dan peniagaan Rani, dan kepada teman-teman semua juga. Rani sangat bersyukur pada Tuhan.
Oleh kerana itu Rani juga mahu berterima kasih kepada GBA karena sudah menerima Rani untuk mengikuti pembacaan Alkitab. Rani lebih bersyukur lewat pembacaan Firman Tuhan Rani lebih faham akan maksud setiap ayat-ayat yang tertulis dalam Alkitab dan Rani dapat membaca dan merenungkan Firman Tuhan dalam setiap pembacaan.
Sekian, terima kasih, Semoga semua diberkati dengan kesaksian Rani.
Kesaksian Oleh : Rani (peserta GBA youth GY7)