Arti Kehidupan Yang Sebenarnya | Kesaksian Gituen
3 min readShalom..
Hai, semua teman-temanku. Saya Gituen mahu membuat kesaksian peribadi. Puji Tuhan sebab saya diberi kesempatan untuk merasa erti kehidupan yang sebenarnya. Saya berasal dari Labuan, Malaysia. Saya seorang yang beragama Islam sejak dilahirkan. Saya anak kedua dari tiga orang adik beradik.
Bermulalah cerita di mana kehidupan saya telah hancur pada tahun 2008. Waktu itu saya berusia 23 tahun. Pada masa ini hidup saya benar-benar sudah rosak. Saya sudah pandai merokok, minum arak, berjudi dan berhibur di kelab malam. Dan hidup saya waktu ini penuh dengan dosa. Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang beragama Kristian. Beza jarak umur kami 20 tahun. Dari berkenalan terus jatuh cinta. Pada mulanya saya sangat bahagia bersamanya. Dia telah merubah kehidupan saya jadi baik, maksud saya tidak lagi merokok, minum arak, berjudi dan pergi ke kelab malam. Kami nikah ikut cara Islam. Saya ingat dia lah suami yang boleh bimbing hidup saya.
Rupa-rupanya dia lebih hebat daripada saya, sebab dia nie seorang penagih dadah. Pada mulanya saya marah betul sebab dia ambil dadah. Tapi lama kelamaan, saya pulak yang ikut rasa ambil tu dadah. Mulanya untuk suka-suka saja saya rasa tu dadah. Lama kelamaan jadi tertagih. Duit gaji dan duit simpanan habis digunakan untuk membeli dadah. Rumah tangga kami makin hancur. Hari-hari bergaduh sebab tertagih dadah. Pada tahun 2015, waktu itu usia saya sudah 30 tahun. Saya bercadang untuk bercerai saja dengan suami. Sebab hidup kami tiada erti kebahagiaan lagi. Yang ada hanyalah pergaduhan sepanjang masa. Tampar, sepak, terajang itu semua yang saya dapat setiap hari. Kami tinggal berasingan. Suami balik ke kampung.
Enam bulan kami berjauhan.Β Selepas itu suami balik tinggal bersama saya. Saya lihat perubahan dirinya yang jauh baik dari dulu. Rambut yang panjang sudah dipotong, dan dia jugak telah berhenti ambil dadah. Dia jugak sudah rajin ke gereja dan membaca Al-Kitab. Saya masih ingat lagi pada 22 Februari 2015 hari Ahad, suami ajak saya pergi ke gereja. Saya tidak menolak dan ikut saja. Waduh, sampai di gereja, luar biasa sekali saya rasakan. Semua jemaat di gereja sangat baik. Tapi saya masih belum faham apa yang ada di gereja dan macam mana cara sembahyangnya. Masih bingung-bingung dan tiada perasaan.
Minggu kedua saya ikut lagi, tapi masih sama jugak tidak mengerti apa-apa. Dan pada minggu yang ketiga, saya rasakan ada kelainan. Saya ikut jemaat lain nyanyi lagu rohani. Pada ketika itu saya merasa bulu roma semua naik, badan begegar dan saya betul-betul rasa lain hari tu. Air mata saya mengalir deras, saya bingung kenapa saya jadi begitu. Balik dari sembahyang, saya minta suami ajar baca tu Al-kitab, padahal sebelum nie saya tidak sentuh dan melihat apa isi kandungan Al-kitab itu. Nah, minggu keempat dan seterusnya saya semangat betul sudah mahu ke gereja.
Pada 15 Januari 2016, ini adalah hari kelahiran baru saya. Saya di babtis dan sudah menjadi anak Tuhan seperti teman-teman. Dan menerima Jesus sebagai Juru Selamat. Kehidupan saya dan suami sekarang lebih bahagia dari dulu, saya sudah mengerti dan sangat menghargai kehidupan saya sekarang. Rencana Tuhan itu sangat indah, Tuhan kita sangat baik. Saya bersyukur kerana saya masih diberi waktu oleh Tuhan untuk bertaubat, sebelum saya menutup mata dan berjumpa Bapa di Surga. Saya jugak sangat beterima kasih kepada anak buah saya yang mengajak saya ikut serta dalam group GBA ini. Selama saya ikut GBA ini, saya makin betambah semangat untuk baca Al-kitab dan saya jugak belajar memahami maksud Firman Tuhan. Bukan itu saja, sekarang saya jugak sudah bisa berdoa walaupun tidak berapa lancar doanya.
Teman-temanku semua, doakan saya supaya terus semangat untuk melayani Tuhan. πππ»
Kesaksian
Gituen
Malaysia
02 Juni 2018