Masalah Waktu | Kesaksian Risa M
2 min readShalom dan selamat pagi semua.
Di sini saya ingin berkongsi cerita atau kesaksian. Sebenarnya dari tahun lepas ada sudah saudara seiman yang membawa saya untuk mengikuti Program Gerakan Bacaan Alkitab (GBA) ni tapi, hati saya belum tergerak untuk mengikuti program ni dan alasan yang ada dalam hati dan fikiran saya. Salah satu yang menghalang saya untuk tidak dapat mengikuti pembacaan Alkitab ialah kesibukan. Saya ibu kepada tiga orang anak-anak yang berumur 12 tahun, 10 tahun dan 9 tahun. Saya juga berkerja. Siang saya bekerja dan malam untuk bersama anak-anak untuk membimbing mereka dalam menelaah pelajaran. Di situlah saya rasa ada kekangan masa untuk saya bersama Tuhan apa lagi untuk membaca Firman Tuhan.
Itulah kita sebagai manusia biasa ada saja alasan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Saya berfikir kalau saya ikut lagi bacaan Alkitab di mana lagi masa saya untuk keluarga tapi itu semua fikiran manusiawi dan salah satu juga kemenangan bagi Iblis. Pada awal bulan Mei tahun ni sekali lagi saudara Ritah mengajak saya untuk mengikuti Gerakan Bacaan Alkitab (GBA) ini dan saya tak teragak-agak untuk mengikutnya dan saya last minute telah mendaftar baca Firman Tuhan untuk Gerakan Bacaan Alkitab (GBA) Perjanjian Baru.
Pada tahun 2000 masa itu saya baru tingkatan tiga, saya sangat aktif dalam pelayanan muda mudi dan guru sekolah minggu. Saya telah mula membaca Alkitab Perjanjian Baru. Tapi sampai Kitab Roma saya telah berhenti membaca kerana kekangan masa sebagai pelajar yang menghadapi PMR sehingga lah saya mengikuti Gerakan Bacaan Alkitab (GBA) ni baru saya habis membaca Alkitab Perjanjian Baru ini. Kita sebagai manusia biasa memang tidak dinafikan sukar betul untuk membaca Firman Tuhan setiap hari.
Tapi syukur dengan adanya Gerakan Bacaan Alkitab (GBA) ni saya berjaya setiap hari dapat baca Firman Tuhan dengan teratur. Jika belum baca Firman Tuhan dalam sehari tu rasanya seperti ada yang belum lengkap kita buat untuk hari tu. Sebelum ikut GBA ni saya merasakan seperti tidak cukup masa jika saya ikut GBA ni lagi. Tapi bila saya ikut GBA ni syukur kerja dan masa rasa seperti sangat teratur. Pembacaan Firman Tuhan saya pun sangat teratur. Sepanjang pembacaan Firman Tuhan Perjanjian Baru saya sangat diberkati.
Syukur pada 15hb Juni 2018 saya sudah selesai pembacaan Perjanjian Baru dan saya akan lanjuntukan pembacaan Firman Tuhan di Perjanjian Lama. Kepada host semua terima kasih dengan semangat dan bimbingan serta tunjuk ajar yang kalian berikan sepanjang pembacaan Perjanjian Baru ni.
Tuhan memberkati kita semua. Amin.
Kesaksian
Risa M
Sabah, Malaysia 🇲🇾
19 Juni 2018