Tidak Jemu-jemu Membaca Alkitab
1 min read“tetapi yang kesukaannya ialah Taurat TUHAN, dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam”
Mazmur 1 : 2
Hai, shallom semua.
Saya Bryan Adriano dari Tuaran, Sabah.
Saya berasa sangat bersyukur kerana telah menyertai group GBA Kids ini. Sebelum ini, saya jarang membaca Alkitab, dan hanya membaca mengikut masa yang terluang tanpa sebarang matlamat. Namun, atas dorongan ibu saya, akhirnya saya dan adik mulai mengikuti pembacaan Alkitab di Group J5 setiap hari 2 pasal. Melalui sokongan daripada para host yang tidak jemu-jemu memberi dorongan kepada kami, akhirnya saya dapat menjadikan pembacaan Alkitab ini sebagai satu ketetapan yang harus saya lakukan setiap hari. Jikalau saya tidak membaca Alkitab, saya berasa kosong dan tidak lengkap. Sekarang saya bersyukur kerana, pembacaan Alkitab Perjanjian Baru yang saya ikuti di J5 kini hampir selesai. Jika diberi peluang lagi, saya ingin meneruskan pembacaan dalam Perjanjian Lama.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua abang-abang dan kakak-kakak host yang melayani dengan penuh kasih dan kesabaran di dalam Group J5 ini.
Kesaksian
Bryan Adriano dari
Peserta Group J5
GBA Kids Sabah.