Arsip

Sosial Media GBA Center

31 January 2025

Gerakan Baca Alkitab

Jadikan Baca Alkitab Sebagai Gaya Hidup

Sembuh Dari Covid19

2 min read

“Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku; gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku.”   Mazmur 23:4 (TB)

Shalom

Salam kasih dalam kasih Tuhan Yesus Kristus.

Dalam kesempatan ini saya ingin membagikan pengalaman saya selama mendapatkan perawatan di pusat perawatan covid.

Awalnya saya merasa demam panas sejuk dan badan rasa seram-seram sejuk dan merasa keletihan namun mulanya saya ingat mungkin itu disebabkan kurang rehat dan kurang tidur. Saya memang ambil Vitamin C setiap hari juga tapi masih juga sakit. Selera makan juga mulai hilang. Hati mulai tidak tenang bila badan rasa lemas-lemas. Terus kena ambil PCR test dan rasa berdebar tunggu result PCR test sebab sample kena hantar makmal. Selepas 3 hari keluar result dan sah saya Positif (Virus Detected). Di situ saya terpikir : Masih adakah sinar untuk hari esok?

Perasaan itu sukar untuk diungkapkan dan mula saya dapat gangguan emosi. Menangis dan terus menangis hanya itu yang mampu saya lakukan waktu itu. Sedih yang susah digambarkan. Beberapa hari baru perasan saya jadi tenang dan saya rasa bertuah dapat virus ini. Terpilih dari beribu-ribu manusia untuk mendapat ujian penyakit ini. Setiap masa yang terluang saya berdoa dan mencurahkan seluruh rasa hati kepada Tuhan dan memuji Tuhan dengan lagu :Hanya sejauh doa, dengan suara yang perlahan dan perlahan saya rasa ada damai di hati serta sukacita di jiwa.

Setiap hari kena monitor demam, tekanan darah dan cek oksigen dalam paru-paru dan kena ambil darah serta kena xray. Namun saya juga perlu berusaha sendiri untuk menguatkan immune system supaya dapat lawan virus itu. Setiap hari juga saya makan supplement dan vitamin serta minum lemon panas setiap pagi, tengah hari dan malam.

Langkah-langkah penjagaan dalam wad sangat kena hati-hati kerana kita tidak tahu tahap kekuatan virus masing-masing. Tidak sama kekuatan virus setiap pesakit. Rata-rata pesakit ada yang kemurungan, ada yang menangis-nangis, ada juga yang diam tapi memendam rasa. Sebenarnya tidak kesunyian juga kerana ada LCD dan boleh bersenam. Ada juga kawan-kawan yang turut memberikan motivasi dan kaunseling untuk memberi semangat. Ya memang kami pesakit ini adalah ‘Insan yang terpilih’ untuk diuji.

Sebenarnya tiada siapa yang mahu kena virus ini tapi siapalah kita untuk menolak takdir. Kami kena kuatkan semangat dan berlapang dada dengan ujian. Kami diasingkan supaya tidak menjangkiti lebih ramai orang. Rasanya ini adalah fasa antara yang paling perit pernah saya rasa dalam hidup ini dan sebagai manusia biasa kita memang sentiasa akan diuji.

 Apabila ada ahli keluarga yang kena jangan terlalu bimbang dan bersedih. Bagi semangat dan support mereka dari segi mental kerana apabila rasa gembira pasti cepat sembuh. Makin  rasa sedih makin antibodi rasa lemah  akibat gangguan emosi.

Dalam kehidupan di dunia ini tidak selamanya keadaan terjadi seperti yang kita harapkan. Adakalanya kita harus melewati lembah-lembah kekelaman tapi percayalah bahwa kita tidak pernah menghadapinya sendirian kerana Tuhan selalu ada untuk kita. Seberat apa pun keadaan, jangan pernah menyerah tetapi andalkan Tuhan dalam seluruh aspek kehidupan kita.

Kesaksian oleh : Riena (Host dan peserta baca Team L)

Share Artikel ini
Open chat
Butuh Bantuan!
Shalom! 👋🏻
Ingin bertanya tentang Gerakan Baca Alkitab dan pelayanannya? 🙏🏻

Kami melayani chat dari Jam 9.00 - 17.00 WIB
can't talk, whatsapp only