Arsip

Sosial Media GBA Center

30 November 2024

Gerakan Baca Alkitab

Jadikan Baca Alkitab Sebagai Gaya Hidup

Keputusan Terbaik yang Pernah Saya Buat

2 min read

“…Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir,”
Wahyu 1:17c (TB)

Shalom..

Syukur kepada Tuhan atas kesempatan untuk berkongsi tentang pengalaman menyertai GBA. Saya telah menyertai GBA atas kerinduan sendiri apabila terlihat link GBA yg dikongsikan dalam status peserta GBA. Saya telah membuat keputusan untuk daftar menyertai GBA PB. Antara sebab, saya telah mengambil keputusan untuk menyertai GBA adalah kerinduan untuk membaca Alkitab secara teratur. Pada pendapat saya, GBA merupakan satu gerakan yang boleh membantu seseorang fokus dalam membaca firman Tuhan. Sebelum saya menyertai GBA, saya juga membaca Alkitab tetapi saya membaca secara tidak berurutan dan dalam jumlah bab yang sedikit. Kadang kala saya tidak sempat membaca firman Tuhan kerana fokus dengan kesibukan lain. Selepas menyertai GBA, saya dapat fokus membaca Alkitab dengan lebih teratur mengikut Menu Harian (MH). Malahan, saya berasa bersemangat dalam menghabiskan pembacaan Perjanjian Baru.

Kebetulan semasa saya menyertai GBA PB, pada masa tempoh PKP dilaksanakan di negara kita. Banyak masa terluang di rumah telah memberi kesempatan kepada saya untuk menghabiskan bacaan Perjanjian Baru dalam masa 30 hari. Pada awal penyertaan dalam GBA, tidak dinafikan ada masa-masa terdapat kekangan untuk fokus membaca Alkitab. Terutama semasa ada komitmen lain seperti ada urusan pribadi, urusan kerja dan urusan keluarga. Senarai galakan iaitu Top Ten setiap hari antara yang memberi saya motivasi untuk menghabiskan pembacaan dan melapor seawal jam 5 Am. Kadang kala ada masa line tidak memihak kepada saya semasa membuat laporan. Tetapi keadaan line yang tidak menentu dan tidak tersenarai Top Ten tidak melemahkan semangat saya untuk menghabis menu harian dan melapor dalam masa yang ditetapkan.

Saya mengharapkan agar GBA ini diteruskan dan lebih ramai yang merekrut atau berkongsi tentang GBA untuk membawa lebih ramai orang kristian menjadikan kenyataan ‘Membaca Alkitab setiap hari sebagai gaya hidup’. Sepanjang mengikuti GBA, saya juga berasa sangat diberkati melalui kesetiaan host-host yang melayani. Selain itu, renungan firman Tuhan dan lagu-lagu rohani yang dikongsi, malahan doa yang dipanjatkan setiap malam juga memberkati saya. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk merekrut ahli keluarga, kawan-kawan segereja dan kenalan untuk turut menyertai GBA. Puji Tuhan kebanyakan yang sempat direkrut telah mengambil keputusan untuk menyertai GBA. Moga mereka juga diberkati, dikuatkan dan berkomitmen tinggi sepanjang menyertai GBA PB.

Sepanjang menyertai GBA PB, terlalu banyak firman Tuhan yang sangat memberkati saya. Antaranya adalah Wahyu 1: 17c “…Jangan takut! Akulah yang awal dan yang penghujung.” Firman ini menyatakan tentang pribadi Tuhan kita Yesus Kristus yang sangat berkuasa. Keputusan untuk menyertai GBA merupakan antara keputusan yang terbaik pernah saya buat. Saya juga telah berkomitmen menyertai GBA PL. Semoga saya boleh menghabiskan pembacaan Perjanjian Lama pada masa yang ditetapkan akan datang dan semakin matang dalam kehidupan rohani.

Sekian, Tuhan memberkati kita. Amin.

Kesaksian
Mailin
GBA Sarawak
Group J6/PB Normal

Share Artikel ini
Open chat
Butuh Bantuan!
Shalom! 👋🏻
Ingin bertanya tentang Gerakan Baca Alkitab dan pelayanannya? 🙏🏻

Kami melayani chat dari Jam 9.00 - 17.00 WIB
can't talk, whatsapp only