Membaca Alkitab Setiap Hari Menjadikan Hidup Saya Seimbang
1 min read“Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanyapun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.”
Amsal 22 : 6
Shalom…
Selamat pagi semua kakak-kakak abang-abang saya berterima kasih kepada semua host di dalam group GBA KD kerana membawa saya di dalam group ini.
Saya Clarissha Vanessha saya ingin membuat kesaksian di dalam group ini, tentang kenapa kita selalu ingin masuk top ten. Sebab hadiahnya bukan di sini tapi hadiahnya besar di Sorga. Inilah kesaksian yang saya tahu kerana ibu saya selalu mamberitahu saya tentang firman Tuhan. Saya Diberkati selama ikut GBA kerana saya mulai teratur membaca firman Tuhan setiap hari. Ibu saya juga ada beritahu saya bahwa membaca Alkitab setiap hari menjadikan hidup saya seimbang. Saya boleh main game dan lain-lain aktiviti asal saya ada baca firman Tuhan maka hidup seharian saya menjadi seimbang. Dan saya berterima kasih kepada host kerana memberi semangat kepada kami.
Mari kawan-kawan kita sama-sama semangat membaca Alkitab setiap hari.
Terima kasih Tuhan Yesus Memberkati 😇
Kesaksian
Adik Clarissha
J5PB KIDS