Mengisi Masa dengan Membaca Firman Tuhan
1 min read“Bagiku tidak ada sukacita yang lebih besar dari pada mendengar, bahwa anak-anakku hidup dalam kebenaran.”
3 Yohanes 1:4
Shallom dan salam damai kepada abang, kakak dan kawan-kawan yang dikasihi Tuhan..
Saya Felliziora Nisya..
Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana dapat mengikuti GBA J5 ini atas dorongan Host Edrin. Mulanya saya tak faham dan bagaimana? Tapi Host Edrin amat prihatin dan membimbing saya. Saya rasa GBA J5 memang bagus sebab selain dapat mengisi masa dengan membaca firman Tuhan, saya jadi lebih berdisiplin untuk bangun awal untuk membaca firman Tuhan dan membuat laporan pada awal pagi. Saya merasakan ada hadirat Tuhan yang mendorong saya untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Emak saya juga seronok dan hairan melihat rekapan nama senarai Top Ten. Terima kasih abang dan kakak host yang telah melayani kami dalam group GBA J5 ini.
Tuhan memberkati kita semua🙏🙏
Kesaksian
Felliziora Nisya
Group J5 PB Kids