Gerakan Baca Alkitab

Jadikan Baca Alkitab Sebagai Gaya Hidup

Saya Cinta YESUS

1 min read

“Lalu Ia memeluk anak-anak itu dan sambil meletakkan tangan-Nya atas mereka Ia memberkati mereka.” Markus 10:16 (TB)

Shallom dan salam damai kakak-kakak dan semua peserta GBA.

Saya Felliziora Nisya salah seorang peserta GBA KD J5/PL.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat mengenali dan menyertai GBA KD J5/PL ini. Saya mula mengikuti GBA KD bermula dari GBA KD J5/PB. Saya mengikuti GBA KD ini atas dorongan kakak host Edrin. Kemudian saya menyertai lagi GBA KD J5/PL atas dorongan kakak host. Saya terus bersemangat menyertai lagi untuk pembacaan Firman Tuhan di Perjanjian Lama.

Walaupun pada mulanya saya berasa tidak yakin untuk menghabiskan pembacaan Firman Tuhan bagi Perjanjian Baru, tetapi Roh Kudus menyentuh hati saya untuk membaca Firman Tuhan sehingga selesai.

Syukur Puji Tuhan, sekarang saya dapat mengikut pembacaan Firman Tuhan dalam Perjanjian Lama. Saya percaya kerana bagi Tuhan tiada yang mustahil apabila saya selalu mengandalkan Tuhan dalam kehidupan harian saya. Saya dapat membahagikan masa dengan membaca Firman Tuhan terlebih dahulu sebelum membuat aktiviti lain. Saya juga bersemangat untuk melapor pada awal pagi, walaupun kadang-kadang ada rintangan/halangan utk melapor, tetapi saya tetap melapor walaupun lambat.

Saya berasa seronok dan hati saya tersentuh dengan setiap perkongsian doa, renungan kata-kata Tuhan, lagu-lagu rohani dan kata-kata semangat daripada kakak-kakak host.

Terima kasih kepada kakak-kakak host yang terus setia melayani kami di GBA KD J5/PL ini.

Tuhan Yesus Memberkati.. Amen🙏🏻🙏🏻

Kesaksian Oleh : Felliziora Nisya (Peserta GBA Kids J5)

Share Artikel ini

Arsip

Event & Kegiatan

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Sosial Media GBA Center

Open chat
Butuh Bantuan!
Shalom! 👋🏻
Ingin bertanya tentang Gerakan Baca Alkitab dan pelayanannya? 🙏🏻

Kami melayani chat dari Jam 9.00 - 17.00 WIB
can't talk, whatsapp only