Kesaksian Amie Kuan

Kesaksian Amie Kuan

 

Group 3C | 1 Oktober 2016

Kesaksian Amie Kuan | Asal Sabah

Shalom... Selamat malam teman2.. Sya masih ingat kebaktian paskah 2015 tahun lalu. Pada masa itu sya duduk di bangku barisan yg kedua. Saat sya menyembah Tuhan hati sya di jamah rohkudus dan sya berdoa sambil menangis hati sya begitu rindu sekali bertemu dgn Tuhan Yesus. Dlm keadaan yg berdoa sya katakan Tuhan sya sangat rindu sekali pada-Mu datanglah sya ingin berada dlm pelukan -Mu dan ingin melihat wajah -Mu.

Setelah siap berdoa tiba2 seorang penari rebana menarik sya kedepan mengajak sya menari sya pun join mereka menari dihadapan Tuhan. Perasaan hati sya yg sngat rindu dipuaskan dan diberi damai sejahtera Wooowww sangat luarbiasa sekali Tuhan itu dan tahun ini sya masih mengharapkan peristiwa yg sama berada dihadirat Tuhan dan rindu tuk dijamah lagi.

Apa yg terjadi pada tahun ini paskah 2016sungguh diluar dugaan ku. Paskah tahun ini sya berkejar pergi kehospital queen semata-mata mau melawat dan mendoakan satu peribadi yg sudah hampir seminggu terbaring di wad dan menurut anak2nya sudah tiada harapan tuk sembuh dan disarankan semua ahli keluarga adik beradik datang tuk melihat beliau manatau tidak sempat lagi melihat wajahnya.

Pada waktu sya sampai di wad memang pesakit sangat tenat. Sya bawa suami dan anak sya berdoa dan sya letakkan tangan ke dada beliau sambil berbisik ketelinganya. Sya ajak dia berdoa dan dia beliau menggangguk kepala tanda setuju tuk ikut berdoa. Lepas berdoa sya pesankan pada dia agar tetap berdoa dan percaya pada Tuhan Yesus yg menyembuhkan sakitnya..

Woowwww amazinggg Tuhan mendengar doa kami dan telah menyembuhkan beliau yg suda di sahkan tiada harapan.. selepas sya berdoa tuk dia kmi pun cepat2 keluar kerana menurut peraturan pelawat tdk boleh lama2 di wad ICU..

Semasa menunggu suami pesakit datang kmi diberitahu bahawa pesakit tdk lagi disambung oksigen dan dia boleh makan bubur sudah padahal sebelum didoakan beliau tdk dapat makan dan hanya guna tiub yg dimasukkan kehidungnya tuk memasukkan susu ketika dia diberi makan oleh jururawat.

Esoknya sya pergi melawat lagi sebelum balik kekampung dan sekali lagi bawa beliau berdoa.. puji Tuhan selepas dua hari sya balik kampung pesakit beransur sembuh dan boleh balik kerumahnya mestipun badannya masih lemah.. Saudara Yesuskristus yg ada di dalam sya yg menyembuhkan beliau yg  sedang tenat itu.. Sya sangat bersukur pada Tuhan atas muzizat kesembuhan yg terjadi.

Terimakasih GBA yg banyak memberi dorongan pada saya tuk membaca firman Tuhan setiap hari.Inilah yg Tuhan kehendaki agar setia membaca firman-Nya pasti ada muzizat terjadi. saya minta maaf ya kerana tidak pandai menyusun kata2 dlm kesaksian ini..

admingba administrator

Leave a Reply