FirmanNya Memulihkan Hidupku
2 min read“Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.”
Filipi 4:13 (TB)
Shalom sahabat dalam Tuhan! Saya Jay Jercy, umur 22 tahun, seorang ibu tunggal, dengan seorang baby berusia setahun lebih, asal Sarawakians. Sekarang Jay baca Alkitab di Group GC J2/PL CHRONO 5PSL, saya mulai join pada tahun 2019 hingga saat ini.
Saya join team GBA daripada ajakan sahabat bernama Lydia. Pada mulanya ajakan saya tolak sebab saya sibuk bekerja, tidak punya banyak masa serta belum bersedia dan memang tidak suka membaca (bukan ulat buku). Namun untuk kali ke-2 nya sahabat saya mengajak dan akhirnya sudi join kerana pada masa itu saya jatuh ke alam kelam dan sesungguhnya penuh dengan kedukaan yang payah untuk saya bisa bertahan.
Saya join bukan kerana jatuh tetapi kerana saya sedar bahawa saya kekurangan Tuhan dalam hidup. Tidak dinafikan saya hanyalah kristian atas kertas dan cuma tau sendiri agama Kristian namun jauh sekali dari memahami Firman Tuhan. Pada mulanya saya join memang agak kurang berminat namun hari demi hari hati saya semakin asyik membacakan Alkitab dan semakin asyik ingin mengetahui Firman Tuhan dalam Alkitab. Sampaikan saya dapat rasakan bahawa hati saya semakin pulih dari kedukaan, keperitan dan kekecewaan yang tak terkata. Puji Tuhan setiap tangisan lara dan keperitan jiwa dan minda saya terobat dengan kuasanya Firman Tuhan. Dan saya mulai belajar arti bersyukur, sabar, kawal emosi dan selalu berpikir positif terutamanya saya sedar saya masih punya anugerah bayi, keluarga dan sahabat-sahabat kiriman Tuhan.
Dulunya saya buddhist kerana ikut datuk nenek cina tapi setelah saya ikut keluarga berpindah, saya mulai ikut ajaran Kristian dan dibaptis secara sah sebagai umat Kristian. Walaupun saya umat Kristian namun tidak memahami sampailah saya ketemu dan join Gerakan Bacaan Alkitab.
Syukur Puji Tuhan sekarang saya adalah yang baru dan apapun yang negatif saya sudah mampu menerima dengan senyuman positif kerana saya percaya bahawa Tuhan itu sentiasa ada buat saya walaupun keadaan tidak mudah tetapi saya dapat rasakan berkat Tuhan sentiasa bersama saya.
Itu sahaja kesaksian daripada saya dan terima kasih Teams GBA kerana membuka mata dan hati serta hala tuju buat saya. Tidak lupa terima kasih pada host-host di GBA kerana berkat kata-kata sokongan dan kata-kata semangat serta doa buat saya terasa amat dihargai.
TUHAN YESUS MEMBERKATI. HALLELUYAH AMEN
Firman Tuhan yang sentiasa menjadi quote saya :
“I CAN DO ALL THINGS THROUGH CHRIST, WHO STRENGTHENS ME.” — PHILLIPPIANS 4:13
Kesaksian Oleh : Jay Jercy (GBA Sarawak J2)