Gerakan Baca Alkitab

Jadikan Baca Alkitab Sebagai Gaya Hidup

Baca Firman Adalah Gaya Hidup

2 min read

“Betapa kucintai Taurat-Mu! Aku merenungkannya sepanjang hari.”  

Mazmur 119:97 (TB)

Salam kasih dalam Kristus. Saya Rutsia Saibol. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan untuk bersaksi.

Saya mula menyertai GBA pada tahun 2019. Saya telah selesai baca Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama di GBA dan saat ini, saya membaca Alkitab PL kronologi.

Saya mengenali GBA melalui seorang host. Awalnya, ada keraguan untuk mendaftar. Saya takut tidak dapat memberi komitmen dalam pembacaan. Saya pujuk hati untuk daftar kerana saya rindu bertumbuh dalam Tuhan.

Visi GBA juga menarik hati saya, yaitu menjadikan baca Alkitab sebagai gaya hidup. Ini selaras dengan matlamat saya sebagai hamba Tuhan. Saya perlu mengalami sendiri pengalaman di GBA supaya saya dapat mendorong orang lain menyertai GBA.

Syukur kerana Tuhan menolong saya memilih dengan tepat dan daftar di GBA. Saya lebih konsisten membaca Alkitab selepas menyertai GBA. Menu harian (MH) membantu saya lebih fokus dalam pembacaan kerana peserta GBA terikat dengan MH. Pembacaan saya lebih teratur. Setiap hari saya mesti membaca 5 pasal tanpa gagal.

Ketetapan ini mula sebati dalam jiwa saya dan menjadi gaya hidup saya. Melalui GBA, saya lebih bersemangat membaca Alkitab. Saya suka senarai top ten kerana ia dapat meningkatkan motivasi untuk membaca Alkitab dengan gembira. Saya percaya ini adalah cara Tuhan untuk memulihkan saya.

Kini, saya dapat merasakan ada kekuatan baru untuk membaca Firman Tuhan dengan setia. Saya juga sangat didorong oleh renungan, pujian dan doa di group yang saya sertai di GBA. Tugas sebagai host, mengajar saya untuk mengasihi orang lain dengan mendorong mereka membaca dan menghayati Firman Tuhan.

Ringkasnya, GBA adalah wadah yang efektif dan jawapan doa kepada mereka yang rindu untuk dipulihkan dan bertumbuh dalam iman.

Cabaran membaca Alkitab melalui GBA berlaku pada waktu pagi terutama hari bekerja, Isnin hingga Jumaat. Doa dan pembacaan Alkitab kadang-kala tertangguh kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan dengan segera. Saya juga berhadapan dengan kesukaran untuk memahami  Firman Tuhan (FT) yang dibaca, namun ini tidak mematahkan semangat saya. Banyak cara untuk mencari tafsiran FT, antaranya merujuk khutbah-khutbah di Internet. Jika belum mengerti setelah membuat kajian, jangan putus asa dan jangan persoalkan FT kerana melalui perjalanan masa dan keadaan, Roh Kudus pasti beri pengertian yang mendalam. Tuhan singkapkan rahsia kerajaan-Nya apabila kita sungguh-sungguh mencari Dia.

Terlalu banyak berkat Tuhan yang saya alami melalui GBA. Saya percaya Tuhan memanggil saya menyertai GBA, tanpa mengabaikan pelayanan yang lain. Selain diberkati, saya mahu memberkati orang lain dengan mengajak mereka menyertai GBA.

Doa saya agar GBA terus dipimpin oleh Tuhan untuk mencapai misi dan visi pelayanannya agar bangsa-bangsa dibawa kepada Tuhan.

Firman Tuhan yang berkata, “ jangan takut “  dalam Yesaya 41:13 membuat saya lebih berani melangkah, kerana jauh ke hadapan, saya percaya Tuhan menyertai dan sudah menyediakan semua yang saya perlukan.

 Terima kasih kerana membaca kesaksian ini. Tuhan Yesus pasti memberkati Anda.

Kesaksian oleh : Rutsia Saibol (GBA Sarawak J2)

Share Artikel ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Arsip

Event & Kegiatan

September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Sosial Media GBA Center

Open chat
Butuh Bantuan!
Shalom! 👋🏻
Ingin bertanya tentang Gerakan Baca Alkitab dan pelayanannya? 🙏🏻

Kami melayani chat dari Jam 9.00 - 17.00 WIB
can't talk, whatsapp only